Perkongsian Emas & Perak



Alhamdulillah dengan izin Allah kak yatie ingin membuat perkongsian ilmu tentang emas dan perak! 😊 ... Just sit back and relax. Ini penulisan yang terpanjang. Kredit juga kepada isi-isi tambahan dari penulis asal. Semoga Allah memberi keberkatan dari hasil perkongsian ilmu ini. 

Jom tengok kedudukan harga emas dari hari ke hari dan tahun ke tahun. Berlaku peningkatan demi peningkatan.(harga emas di website Www.publicgold.com.my ) setiap grm emas yang kita simpan sejak dulu hingga sekarang iaitu hari ni telah memberi pulangan yang mana nilai RM yang disimpan telah bertambah.

Ok contohnya  semasa membeli 1gm pada harga RM173 segrm pada tahun 2018. Tahun ini pada14/4 harga emas 1gm rm251. Ini menunjukkan nilai ringgit kita telah bertambah RM78 dalam simpanan. Iaitu kenaikan 68.92% (jadi macam dividen juga la.)

Harga emas dan perak pada 7 Ogos 2018 & 7 Ogos 2019

Harga emas dan perak pada 8 Ogos 2019

Jadi sama sahaja jika kawan-kawan bermula menyimpan sekarang pada benchmark RM251 (ikut harga semasa) untuk suatu jangkamasa 2 hingga 3 tahun macamtu. Insyallah akan menikmati lebihan wang dalam simpanan pada masa akan datang. Jadi isu mahal itu tidak timbul. Yang menjadi isu ialah bila kita nak mula simpanan jaminan masa hadapan.  

Harga emas dan perak pada 13 April 2020

Harga emas dan perak pada 14 April 2020


Apa yang membezakan, wang RM kita dialihkan ke dalam bentuk emas yang mudah untuk dicairkan bila kita perlu gunakan wang lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang kan (kemelesatan ekonomi). Sama saja kes seperti bila kita membeli rumah dan tanah. Sejumlah wang terpaksa dikeluarkan dan di ganti dengan aset yg bernilai. Tetapi dalam keadaan sekarang aset- aset ini sukar dicairkan dan memerlukan masa yang panjang dan melibatkan banyak dokumen dan kos.


Harga emas ada naik turunnya sama seperti nilai aset-aset lain tetapi untuk harga emas jatuh kosong seperti duit daun pisang yang sudah tiada nilai Insyallah tidak akan berlaku. Disini dikongsi catatan penulis facebook yg saya hormati dgn sokongan hadis nabi dan sejarah islam.

Nabi Muhammad Menyuruh Kita Menyimpan Emas & Perak

Kami tidak menjual emas, sebaliknya kami hanya menasihatkan dan membimbing anda membeli emas untuk melindungi nilai wang anda dan dalam masa yang sama memberikan anda peluang pelaburan dalam portfolio yang sangat berpotensi dan kurang risiko, ianya adalah Investment Advising... Keterangan lanjut, hubungi kami!!!
Sebahagian Coretan Ustaz Zaharuddin.

Emas dan perak tidak salah untuk disimpan. Bagaimana untuk mendapatkannya jika kita nak simpan emas & perak sebagai 'penyimpan nilai' harta & kekayaan kita? Nak pergi melombong sendiri ke? Praktikal nya, lebih senang dibeli sahaja. Dan kalau ada masa & kudrat lebih, boleh lah sesiapa pergi melombong kat Bukit Ibam, dengarnya banyak emas kat sana. (Dato' Salleh Majid yang bagitau saya). Dan mengapa pula kita nak kena simpan emas & perak tu? Jawapan saya senang, dah ada dalam hadis yang disuruh oleh Nabi Muhammad untuk kita menyimpan emas & perak. Saya masukkan lagi sekali hadis itu ;
"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam ahmad ibn hanbal).

Suka saya tafsirkan hadis di atas (pada fahaman saya lah), "Akan tiba satu zaman" membawa erti zaman dari masa depan, yang kita tak tahu bila tarikhnya yang tepat. Apa yang akan terjadi pada zaman itu nanti? maka disambung Rasulullah, "tiada apa yg tinggal boleh digunakan oleh umat manusia" maksud di sini, tiada apa yg bernilai boleh digunakan oleh manusia pada ketika itu. Justeru, apa kah tindakan yang patut kita ambil? Tindakan yang perlu dibuat dari sekarang? disambung lagi, "maka simpanlah dinar & dirham".

Dalam konteks ini dinar refer kepada emas & dirham refer kepada perak. Rasulullah tak kata, maka waktu itu berpusu-pusu org mencari emas & perak, kerana mungkin bila tiba waktu tersebut, sudah terlambat untuk kita start mencari emas & perak. Oleh itu, Baginda menasihatkan kita semua menyimpannya dari sekarang. Dan cara untuk mendapatkannya sekarang adalah dengan membeli.




Nak beli Wasap.my/0124299610 kak yatie Authorised Public Gold Priority Dealer



http://www.facebook.com/leeyantiePG00172450


0 comments